CHOUENG EK or Killing Fields


Mari Belajar!

okay, disebabkab aku masih lagi memengang tittle sebagai seorang pelajar, makanya aku harus belajar dan wajib la kita pergi melawat negara orang ini supaya dapat menambah ilmu kita lagi.

Padang Pembunuhan yang terletak di Phnom Penh, Kemboja lebih kurang 18 kilometer dari bandar Phnom Penh ataupun senang cerita dari rumah ktorang.Bila sampai dekat pintu gerbang hati terus terdetik, jauhnya dari kawasan rumah yang lain.sangat jauh.Patutlah mereka boley membunuh dengan sesuka hati.

Masuk of cose lah kena bayar, satu kepala 3usd dan disediakan sekali audio penerangan yang ada pelbagai versi dengan berharga 3 usd jugak, maka total 6 usd.Kami pergi seramai 7 orang, tapi sewa audio hanya satu dan berkongsi sesama sendiri.Barulah sweet..manis tak kami?hehehe :p

Pengalaman yang sangat berharga dan ilmu yang kita dapat.Aku pon suka membayangkan kalu aku hidup pada zaman pemerintah yang kejam ni,macam manalah kan.Ngeri dan sangat menakutkan.Ada lebih kurang 300,000 orang yang mati dibunuh disini, tapi cara mereka dibunuh bukanlah dengan cara yang sopan.Sebenarnya aku xlah faham sangat dengan kisah sebenar dyowg tapi apa yang aku faham golongan yang pandai yang banyak dibunuh, hanya disebabkan mereka takut oleh perubahan.

Okaylah, untuk sejarah yang sebenar korang boley google sendiriiiiiiii!korang semua kan rajin.aku je yang malas..hehehe :p



Sebelum perjalanan kita bermula!



of cose selfie beramai-ramai itu acara wajib!



Berposing dipintu gerbang aka pintu pagar.


"Memorial Stupa"




Gambar gadis cantik berlatar belakangkan bangunan monumen yang dikenali sebagai "Memorial Stupa"



ingatkan xdapat masuk, tapi yeahhh!dapat masuk, biarpun ruangnya kecik sahaja.



Leka memerhati setiap perbezaan tengkorak mereka.



Kenalkan pokok apa?
okay dyowg gunakan dahan pokok ni sebagai alat untuk memancung kepala tahanan.Korang dapat bayangkan suasana ketika itu?lepas kepala sudah dipenggal, sama ada nyawa masih ada ataupun sudah nyawa-nyawa ikan mereka akan simbah asid khas yang memang automatic tahanan akan mati.



Kubur 450 mangsa kekejaman rejim Pol Pot dan merupakan kubur yang terbesar berada dsini.






Kawasan yang tenang untuk kita berfikir sebentar.Tapi sebelah ni ada sawah padi dan tasik.


Berehat sebentar bersma kitkat.
tak sebenarnya kami 3 orang yang kat belakang tuh tengah tekun mendengar audio suara tu memberi penerangan.Biarpun audio suara tu agak skemaaaa!hewhewhew


Killing Tree.Pokok yang digunakan untuk membunuh budak dan bayi.
cara membunuh: Pembunuh akan pegang kedua belah kaki mangsa (kanak-kanak or bayi) kemudian kepala dan badan mereka akan dihayunkan dekat batang pokok ni.tak kisahlah kepala mereka hancur ataupun tulang mereka bertaburan.Kejam kan?sangat kejam.dan bila aku dah balik, nak tido malam benda yang paling aku bayangkan adalah pokok ni.kenapa mereka kejam sangat.



Magic Tree.Diberi gelaran magic tree sebab, sebelum mereka yang kejam tu nak membunuh orang, mereka akan pasang lagu diletakkan dekat ruang pokok ini maka bunyi lagu dari radio itu akan bergelombang, kiranya pokonya macam speaker lah.orang kampung sekeliling tak dapat dengar suara-suara mangsa yang dibunuh atau yang sedang merintih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.


Dan jangan terperanjat kalau sampai disuatu kawasan dimana bersepah tulang-tulang manusia dan gigi mereka, kadang-kadang sampai terpijak.Semoga mereka akan dapat balasan yang setimpal.


insyaALLAH kalu sempat nak g melawat Tuol Sleng Genocial Museum pulak, sebelum balik Malaysia.Jangan lah terperanjat sangat bila aku tiba-tiba rajin mengupdate!



thanks for reading handsome boy and beautiful girl :)

No comments: