sape nak botak??

hye all =)

sape-sape ada masalah keguguran rambut?aku since nieyh cam nk botak dah.aku xtawlah apa masalahnyerr.benci gilerr..bila fikir balik,kang aku botak senang.xde la pening fikir kenapa rambut aku nie asyik gugur je!benciiiiiiiiiiii makkkkk!

kalu aku kaya boleyhh la aku g kat yun nam tuh.tp aku pon kayap je sentiasa.kalu dapat bf yg kaya orait gak.tp kalu kayap gak.xdptlah den nk nolong.then sape nk nolong den nie ha..




so.untuk senangkan cerita.jom kite try petua2 dr owg zaman2 dahulu kala.thanks owg zaman dulu-dulu.sbb tolong aku menjimatkan duit aku..

Cara-cara lebatkan rambut.

Sudah tiba masanya untuk menerangkan cara-cara/tips yang insyallah mujarab orang tua-tua kata.

Petua 1 :

Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak

Petua 2:

Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.

Petua 3.

Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.

Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala.Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.

Petua 4.

Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.

Petua 5.

Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.

  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2biji telur
  • 2 sudu besar santan asli
  • 2 sudu besar minyak kelapa

Caranya:

  1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
  2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.

Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.


notakaki: ada masa kita try sesama ehhh..


thanks for reading handsome boy and beautiful girl :)

No comments: