10 LELAKI IDAMAN WANITA


Ø Yang tidak malu untuk berkata ; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”

Ø Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong!

Ø Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata, “Tidak!”

Ø Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.

Ø Yang membuat sesuatu, misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang yang membantunya.

Ø Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

Ø Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

Ø Yang bersedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

Ø Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

Ø Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.


notakaki: thanks kat awk yg letak pelbagai info menarik kat external saya =)


thanks for reading handsome boy and beautiful girl :)

2 comments:

Amanda Eltiqaz said...

Hm..ni mmg idaman.tp kdg2 budak pempuan skrg..asal hensem je jln..tak kisah dh suma..pastu baru mnyesal di kemudian hari.

Hope u found the true lelaki idaman~ ^^

gadiest ❤ said...

hehehehe..btol tuh madam.setuju sgt..tp saya nk package yg lengkap.muahahah..

thanks madam..i love you =)